Ahad, 20 Januari 2013

Ahad yang kureng best.~~~~huhu

Salam semua...Hari nih umi sakit pinggang. Rasa macam nak tercebut pinggang dari badan.... Hrmmm.....en.suami pulak tidak mengerti penderitaan umi. Yelah kan, orang xrase, dia xkan tahu...Sebab tu timbul ayat : "HANYA TUHAN YANG TAHU"~~~

Anak2 plak hari ni semacam...Menangis x henti2, merengek2 nak ape pn dah x larat nak layan...Ayah plak dari bangun tido pagi tadi smpai ade petir kat luar umah(about 5pm) baru la bangun dr depan laptop...Sebab takut short kena sambar. Haaa.... Macam janda kan...

Arghhh!!!!Sekadar melepaskan perasaan yang terbuku....Ape pun aku anggap positif. Ape pun yang Tuhan bagi kat aku, sakit ke, susah ke, ujian dan dugaan ni adalah sebagai penghapus dosa2 kecil aku...selagi aku masih boleh ucap zikirullah, in shaa Allah aku akan redha...

Anak2 hari memang semacam. Menangis je..Nak cakap lapar, dah suap nasik. Nak cakap lapar susu, dah buat tadi. Mungkin sebab bosan. Yelah kan, budak2 zaman sekarng ni, x boleh dikongkong.. Nak wat camne kan, kat luar tuh ujan terus...Kat certain2 kawasan JB dah tutup sebab banjir... So, x boleh la nak bawak anak jenjalan...Bersabarlah wahai anak..Umi x sihat, kat luar tu pulak ujan, bukan xnak bawak anak2 jln2...Tp, cuaca x mengzinkan...

Harap apa yang berlaku hari ni x berlaku lagi dilain hari...Umi pun xtau ape punca la sampai pinggang umi tetibe sakit sengsangat hari ni. Nak cakap tergeliat, pun xtaulah, mungkin jugak..Cuma nya risau kalau ade penyakit lain..Sebab, umi kerap sakit macam ni. Tp, rasenya dah berapa bulan x kena, hari ni boleh kena balik pulak...

Umi pun search la kt google psl sakit pinggang ni....erm...mcm memberi informasi jgk...mungkin mmg ade kne mngena ngn umi, kn...

Penyebab Sakit Pinggang:

1. Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang.

2. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok dan mengangkat beban atau barang.

3. Pemakaian sepatu dengan tumit tinggi, kerana dalam keadaan normal tulang belakang di bahagian pinggang mempunyai lengkungan ke depan. Apabila lengkungan ke depan tersebut berlebihan, akan menimbulkan gejala sakit pinggang.(umi pkai kasut tumit tinggi 2 1/2 inci smlm & jln kaki pegi keje)
4. Tidur dengan alas/dasar yang terlalu lentur sehingga membuat tulang belakang mengikuti lenturan alas yang ditiduri.

5. Kurang berolahraga sehingga menyebabkan kelenturan sendi-sendi dan jaringan ikut menurun, sehingga otot mudah cedera kerana gerakan yang saderhana, seperti: mengangkat, mendorong, atau membongkok.(mmg da setahun x besenam)


Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh pengaruh sesuatu penyakit, seperti gangguan ginjal, penyakit jantung, kanser, penyakit tulang, atau gangguan metabolik. Untuk mengurangi rasa nyeri dan untuk mencegah akibat yang lebih parah dari sakit pinggang, dianjurkan melakukan gerak tubuh. Perhatikan sikap tubuh agar terhindar dari keadaan tubuh yang bongkok atau lakukan aktiviti berbaring datar.

Petua 1:

a. Anda perlu meminum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus. Mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari.

b. Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudiannya, rebuslah campuran tadi sampai mendidih.

c. Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dulu. Lepas itu barulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut mudah-mudahan ianya berhasil. (in shaa Allah boleh pratik)

Petua 2:

Sediakan kuning telur. Telan mentah-mentah. Amalkan selama 3 hari berturut-turut. Jika tiada aral, anda akan merasai kelegaannya. Sakit pinggang akan berkurangan dan sembuh.(erk...sanggup ke...)


Ape pun, umi akn berusaha utk sembuh...Esok ada Pedoman JCorp nih...ok, babai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan